NOTIS PRIVASI
English Version
  1. Ini adalah Notis Privasi dan UTAR adalah tertakluk kepada notis ini ketika berurusan dengan perlindungan data peribadi. Notis ini boleh diubah dari masa ke semasa untuk melindungi data peribadi.

  2. Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("PDPA") telah dikuatkuasakan pada 15 November 2013, oleh itu Universiti Tunku Abdul Rahman ("UTAR") adalah dengan ini terikat untuk memberi notis dan memerlukan persetujuan berhubung pengumpulan, perekodan, penggunaan, penyampaian dan penyimpanan data peribadi.
  1. Apa itu Data Peribadi
    Data peribadi merujuk kepada apa-apa maklumat yang secara langsung atau tidak langsung boleh mengenal pasti seseorang termasuk data peribadi sensitif dan penyataan pendapat. Antara lain ia termasuk:
    i. Nama
    ii. Kad Pengenalan
    iii. Tempat Lahir
    iv. Alamat
    v. Keputusan Peperiksaan
    vi. Sejarah Pendidikan
    vii. Sejarah Pekerjaan
    viii. Sejarah Perubatan
    ix. Jenis Darah
    x. Bangsa
    xi. Agama
    xii. Gambar

  2. Sumber Bagi Data Peribadi
    Dalam memberikan perkhidmatan yang berkaitan, UTAR boleh mendapatkan data peribadi daripada pelbagai sumber, antaranya seperti:
    i. Diri anda
    1. Dari permohonan yang dikemukakan kepada kami. Dengan mengemukakan apa-apa permohonan kepada kami, anda adalah dengan ini mengesahkan bahawa anda telah memperoleh kebenaran sewajarnya untuk pengishtiharan maklumat di dalam permohonan anda.
    2. Imej dan suara anda mungkin akan dirakamkan contohnya melalui CCTV untuk tujuan keselamatan dan/atau perekodan. Notis akan disampaikan.


    ii. Pihak ketiga
    1. Rakan kerjasama UTAR dalam pertandingan atau tinjauan atau penyelidikan atau program.
    2. Penyertaan anda dengan entiti lain.
    3. Penjaga, wakil sah atau penjamin anda.
    4. Kemungkinan terdapat rujukan keatas data peribadi anda bagi permohonan pinjaman atau rujukan kredit
    5. Institusi pendidikan atau majikan terdahulu


    iii. Laman web
    1. Alamat IP anda secara automatik akan mendaftar masuk ke komputer pelayan kami. Secara umumnya kami tidak menghubungkan alamat IP anda untuk mengenal pasti setiap pautan kecuali di dalam kes pelanggaran yang serius.
    2. Anda boleh mengubah pelayar anda untuk tidak mengaktifkan "cookies" bagi menghalang penyimpanan maklumat tertentu di dalam sistem anda.

  3. Tujuan Data Peribadi:
    Dalam memenuhi tanggungjawab kami ke atas anda, data peribadi anda boleh digunakan bagi tujuan-tujuan yang tidak terhad seperti berikut:
    i. Untuk penilaian mana-mana permohonan ke UTAR
    ii. Untuk memproses apa-apa faedah dan perkhidmatan
    iii. Untuk tujuan komunikasi
    iv. Untuk pengiklanan dan berita
    v. Untuk tujuan pentadbiran am dan rekod
    vi. Untuk meningkatkan mutu pendidikan
    vii. Untuk tujuan pendidikan dan tujuan yang berkaitan dengan UTAR
    viii. Untuk member sebarang maklum balas, menjawab aduan dan pertanyaan
    ix. Untuk tujuan tadbir urus korporat
    x. Untuk dipertimbangkan sebagai penjamin bagi kakitangan/ pelajar UTAR yang memohon pinjaman pelajaran / biasiswa

  4. Penyampaian Data Peribadi:
    i. UTAR adalah di bawah obligasi undang-undang untuk menjamin dan melindungi data peribadi termasuk tetapi tidak terhad kepada data peribadi sebelum dan selepas PDPA dan ia adalah dasar sedia ada dan dasar berterusan kami untuk berbuat demikian.

    ii. Untuk memberikan perkhidmatan yang efektif secara berterusan, penyampaian maklumat tertentu perlu dilaksanakan. Data peribadi anda mungkin dipindahkan dan/atau disampaikan kepada pihak ketiga dan/atau rakan kerjasama UTAR termasuk tetapi tidak terhad kepada ejen luar yang dilantik bagi tujuan memenuhi tanggungjawab kami kepada anda berkenaan dengan tujuan-tujuan di atas dan tujuan-tujuan lain yang berkaitan dengan tujuan di atas dan termasuk menyediakan perkhidmatan bersepadu, mengekalkan dan menyimpan rekod.

    iii. Dalam menjaga kebajikan dan menyediakan perkhidmatan, adalah sangat penting untuk menghantar atau berkongsi data peribadi kepada pihak ketiga, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
    1. Syarikat insurans untuk memproses tuntutan insurans.
    2. Institusi kewangan bagi pembayaran ganjaran kewangan seperti biasiswa, pinjaman, elaun dan gaji.
    3. Mana-mana syarikat atau rakan kerjasama UTAR untuk sebarang tawaran pinjaman/biasiswa atau penganugerahan, dan untuk sebarang aktiviti berasaskan pembelajaran.
    4. Pihak-pihak ketiga yang diberi kuasa
    5. Penjaga anda atau wakil sah atau penjamin
    6. Agensi penarafan kredit untuk rujukan kredit bagi permohonan pinjaman
    7. Penguatkuasaan agensi kawal selia dan agensi kerajaan atau mana-mana perintah mahkamah untuk memenuhi kewajipan kepada pihak berkuasa.

  5. iv. Data anda boleh dikongsi apabila diperlukan oleh undang-undang dan apabila penyampaian adalah perlu bagi mematuhi undang-undang berkaitan.

  6. Pengekalan Data Peribadi
    Apa-apa maklumat peribadi akan disimpan oleh UTAR bagi tujuan-tujuan di atas dan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang dan akan dibinasakan dan/atau dihapuskan mengikut polisi UTAR apabila maklumat tersebut tidak lagi diperlukan.

  7. Dasar Privasi Kami Yang Tegas
    i. UTAR adalah komited dan menjadi keutamaan kami dalam memastikan kerahsiaan, perlindungan, keselamatan dan ketepatan data peribadi anda yang telah diberikan kepada kami dan ia telah menjadi dasar berterusan kami yang tegas untuk memastikan bahawa data peribadi anda adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan dikemaskini. UTAR juga akan memastikan bahawa data peribadi anda tidak akan digunakan untuk tujuan politik dan komersial.

    ii. UTAR mengambil pendirian yang tinggi bahawa perlindungan hak peribadi telah diiktiraf lama sebelum kewujudan PDPA. PDPA kini adalah bertujuan menjadi Akta yang jelas untuk melindungi dan satu alat untuk memastikan ketelusan dan memberi kesedaran awam tentang pengurusan data peribadi.

    iii. Tertakluk kepada undang-undang yang berkaitan, data peribadi sensitif hanya boleh disampaikan apabila mendapat persetujuan dari anda.

  8. Akses Kepada Data Peribadi
    Anda boleh mengakses dan mengemaskini data peribadi anda dengan menulis kepada kami di rgo@utar.edu.my (Untuk Perhatian: Ms Loh Siaw Yien). Sekiranya diperlukan, kami mungkin meminta maklumat tambahan atau pengesahan.

  9. Persetujuan Adalah Penting
    Dengan menghantar atau memberikan data peribadi anda kepada UTAR, anda telah mengizinkan dan bersetuju untuk data peribadi anda untuk digunakan selaras dengan terma dan syarat-syarat dalam Notis ini dan polisi kami yang berkaitan.

  10. Penarikan Balik Persetujuan
    i. Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan menulis kepada kami. Sekiranya perlu, kami mungkin memerlukan maklumat atau pengesahan lanjut.

    ii. Jika anda tidak bersetuju atau kemudiannya menarik balik persetujuan anda kepada pemprosesan dan pennyampaian data peribadi anda, UTAR tidak akan dapat memenuhi tanggungjawab UTAR atau menghubungi anda atau membantu anda berkaitan dengan tujuan-tujuan diatas dan/atau tujuan lain yang berkaitan dengan tujuan-tujuan diatas.

  11. Dua Bahasa
    Notis ini disediakan dalam dua bahasa, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Jika terdapatnya sebarang kekeliruan, Bahasa Inggeris akan menjadi keutamaan.


    Dikemaskini pada 22 Jun 2023